Pelakon terkenal Priyanka Chopra mencuri perhatian menerusi sebuah majlis khas yang diadakan menjelang perkahwinannya bersama Nick Jonas.

Acara bridal shower itu berlangsung meriah sekitar Rabu lalu dengan penuh meriah dan dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.

Namun, hal yang lebih mencuri perhatian adalah nilai barangan kemas yang diperagakan pada majlis bridal shower itu.

Priyanka memakai kalung berlian dari Tiffany.co bernilai AS$1 juta dolar (RM4.1 juta) termasuk sebentuk cincin pertunangannya bernilai AS$250,000 (RM1.04 juta).

Bintang filem Bollywood itu juga menyarung gaun putih rekaan Marchesa.

Majlis bridal shower Priyanka turut dihadiri beberapa artis terkenal antaranya Lupita Nyong'o, Sonali Bendre dan Neetu Kapoor.

Priyanka dan Nick telah bertunang pada 19 Ogos lalu.

Manakala, majlis perkahwinan pasangan itu difahamkan akan berlangsung di Jodhpur, India sekitar Disember depan.

Jom lihat foto menarik Priyanka ketika bridal shower baru-baru ini.

Love, laughter and a room full of amazing ladies...and some special gentlemen (what a special surprise)! Thank you so much @mubinarattonsey and @anjula_acharia for throwing me such a memorable bridal shower that broke all the rules! My amazing friends and family who made me feel so special and loved, thank you. And to top it off @tiffanyandco ? Perfect! Here’s sharing it with you...

A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on