Melangsungkan pesta perkahwinan yang super mewah di India, tidak banyak yang tahu bagaimana listrik cinta di antara dua superstar, Priyanka Chopra dan Nick Jonas yang kini digelar Nickyanka bisa mengalir.
Ternyata ada banyak yang tidak terungkap tentang asmara Miss World 2000 dan bintang pop dari adik-beradik The Jonas itu. Baik Priyanka, 36, mahupun Jonas yang muda 10 tahun daripadanya, mereka tidak banyak bicara soal kasmaran yang melanda.
Menjadi power couple yang pertama diberi penghormatan sebagai cover story bagi edisi perdana Vogue Online, Priyanka bagaimanapun membocorkan bahawa lama sebelum awak media mula memberi perhatian terhadap mereka sewaktu hadir dalam ajang Met Gala, mereka sudah saling berhubung dengan cara anak-anak kini berkencan; texting!
"Jonas menghantar mesej kepada aku," dedahnya sebelum Jonas menyahut iya. Dia menghantar pesanan kepadanya melalui Twitter, mengajak bintang itu bertemu pada tarikh 8 September 2016.
"Lalu kami berbalas mesej untuk beberapa lama, kemudian bertemu.
"Tidak ada ciuman, tidak ada apa! Nothing," ujar Jonas tentang pertemuan pertama mereka.
Ia umpama sebuah cinta platonik yang membuat Priyanka merajuk kerana tidak dicium pria itu.
"Tapi kan ada nyokap lu pada waktu itu! Jadi aku perlu hormat," ujar Jonas.
Usai pertemuan pertama tanpa ciuman itu, mereka tidak lagi bertemu, sehingga ajang Met Gala tahun lalu.
"Kemudian, dia melamar aku di hadapan orang ramai dengan melutut sebelah kaki, tanpa segan silu. Dan itu pada kencan kali ketiga sahaja," dedahnya yang terdiam selama 45 saat sebelum cincin tersarung pada jari manisnya dengan penuh bahagia.
Imbuhnya lagi, hal yang membikin hatinya dicuri langsung oleh sang pria itu adalah apabila Jonas memberitahu dia menyukai mimpinya.
"Aku tidak pernah didekati laki-laki yang mengatakan dia menyukai cita-citaku. Biasanya, aku didatangi laki-laki yang menyatakan hal sebaliknya," cerita Priyanka yang menggelar suaminya sebagai Old Man Jonas kerana sikap gentlemen dan matangnya.
Akui peminat setia Tupac itu, dia tidak lagi mengenal dirinya saat bertemu Jonas. Pria itu telah merobah pegangannya yang tidak mahu membogelkan kisah peribadi termasuk dilihat berduaan bersama laki-laki.
"Aku punya satu pegangan. Jangan pernah mendedahkan kehidupan peribadi kerana umum. Jangan sesekali! Tapi apabila aku mula membawa Jonas, aku tertanya kepada diri sendiri.
"Apa yang telah terjadi? Aku ngak pernah mengenal diriku lagi. Laki-laki ini telah mengubah aku menjadi seorang gadis. Aku begitu malu dan jika mampu berubah warna, aku kelihatan seperti tomato yang sangat kemerahan," dedah bintang Quantico itu.
Saat artikel ini ditulis, Nickyanka kini dilaporkan telah meninggalkan India selepas menggelar majlis perkahwinan yang berlangsung dalam dua upacara iaitu Kristiani dan Hindu pada 1 dan 2 Disember lalu ke destinasi yang tidak diketahui.
Oleh: Maliah Surip
Kredit gambar: Vogue Online
Gempak ID
Tue Dec 04 2018
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening