,
Laman Utama

PRN: Isnin Cuti Jika PH-BN Menang Di Selangor

Izwan Isa
11/08/2023
06:50 MYT

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) akan mengisytiharkan cuti peristiwa kepada seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos, jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membuat pengumuman tersebut ketika menyampaikan amanat khas yang disiarkan secara langsung hari ini.
"Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berjaya memenangi PRN Selangor pada 12 Ogos ini, dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos 2023 iaitu pada hari Isnin depan," katanya.
Pengerusi Harapan Negeri Selangor itu menambah PRN di enam negeri ini disifatkan sebagai sangat mustahak kerana ia menentukan hala tuju Kerajaan Negeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian untuk enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Di Selangor, sebanyak 56 kerusi menjadi perebutan, dengan 3.74 juta pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada pilihan raya berkenaan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jadi Artis Kedua Bergelar YB & Mahu Semarakkan Program Agama, Siapa Yang Berhormat Altimet?

gempak
14/08/2023
07:50 MYT
Altimet secara rasmi menyandang gelaran Yang Berhormat atau YB selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 12 Ogos 2023.
Laman Utama

Baru Menang Beberapa Hari, Altimet Dah Terima Pelbagai Aduan Daripada Rakyat

gempak
14/08/2023
00:50 MYT
Selamat bertugas Altimet
Laman Utama

PRN: Altimet Menang Di Lembah Jaya, Tewaskan Calon PN Dengan Majoriti 6,678 Undi

gempak
12/08/2023
14:35 MYT
Tahniah!
Laman Utama

PRN: Selesai Buang Undi, Altimet Puji Pengantin Lelaki Antara Pengundi Awal - “Bro Ini Laksanakan Tanggungjawab, Lepas Itu…”

gempak
12/08/2023
04:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

PRN: Azwan Ali Jadi Pengundi Terawal, Sanggup Bangun 4.30 Pagi - "Bukan Darah Daging Jadi Percaturan"

gempak
12/08/2023
03:50 MYT
Diva AA dah selesai mengundi!