Laman Utama

PRN: Pernah Mengenali Sebahagian Penduduk, Altimet Yakin Mampu Tawan Lembah Jaya

gempak
Syafiqah Jalal
24/07/2023
01:04 MYT
Sponsor Banner
PRN: Pernah Mengenali Sebahagian Penduduk, Altimet Yakin Mampu Tawan Lembah Jaya
Penyanyi rap, Altimet sah bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.
Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman meluahkan kesyukuran kerana diberikan kepercayaan membalas budi di Ampang.
"Alhamdulillah saya rasa sangat terharu diberi peluang untuk membalas budi kepada Ampang setelah lebih 13 tahun bermastautin di sana," katanya ringkas.
Altimet yang menyandang Ketua Cabang PKR Ampang turut menyatakan keyakinan mampu menawan Lembah Jaya.
"Saya telah diberikan tugas oleh Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menjadi Penyelaras di Lembah Jaya selama sembilan bulan sebelum pembubaran DUN.
"Dari situ, saya dapat peluang belajar gerak kerja sebagai ADUN dan kenali penduduk di sana. Walaupun saya bermastautin di Bukit Antarabangsa tapi hati saya untuk berkhidmat di Lembah Jaya," katanya.
Seramai 20 calon PKR diumum akan bertanding di Selangor termasuk Menteri Besar Selangor yang kekal bertanding di DUN Sungai Tua.
Selain itu, seramai tujuh penyandang kerusi dikekalkan. Mereka ialah Chua Wei Kiat (Rawang), Mohd Khairuddin Othman (Paya Jaras), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang), Gunaraj George (Sentosa), Zawawi Ahmad Mughni (Sungai Kandis) dan Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat).
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024