Berita
Prodigi #MyDigitalMakers: Digital Ninjas
Di dunia digital yang pesat berkembang, untuk mara ke masa depan banyaklah yang perlu diterokai dan dilakukan. Kita perlu sentiasa menyahut cabaran dan bijak mencari peluang untuk mara ke masa depan.
Inilah yang kami lakukan di gerakan #mydigitalmaker, pimpinan oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, wakil dari industri dan rakan akademik yang sentiasa berusaha dan menawarkan bimbingan dan peluang seperti ini.
Di artikel ini, kami akan mengongsikan pengalaman salah satu inisiatif menarik yang pernah dianjurkan bersama gerakan #mydigitalmaker, iaitu Digital Ninjas.
Digital Ninjas adalah program peningkatan kemahiran kepimpinan dan digital yang memberi peluang kepada pelajar Malaysia yang mempunyai bakat untuk menjadi pakar digital yang hebat di masa depan.
Pelajar-pelajar akan menyertai siri boot camp dan lampiran latihan industri sebagai peluang dan pengalaman awal untuk ke mara alam kerjaya.
Dengan itu, kita juga memperolehi ulasan lanjut dari beberapa tokoh terkemuka tentang program Digital Ninjas kami :
1. YB Gobind Singh Deo
“ memang ada keinginan yang terdesak untuk memastikan belia kami bersedia menyahut cabaran dan berkembang di alam teknologi digital yang pesat berkembang".
2. Syed Saddiq Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan @ Wild Digital ke-5 2019.
Visi Menteri Syed Saddiq untuk Digital Ninjas adalah berharap mereka dapat menjadi sebahagian dari pemimpin industri Digital di Malaysia. Ini adalah visi amat penting kerana kementerian mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap belia-belia di Malaysia untuk membawa industri teknologi maju ke masa depan supaya kita tidak perlu lagi bergantung kepada bakat dari negara asing.
3. Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Light Cibles Malaysia
Puteri Kelahiran Selangor sangat kagum dengan bakat dan keyakinan Digital Ninjas apabila mereka mendapat khidmat nasihat Tengku Zatashah tentang project mereka yang masih dalam proses.. Selain mempunyai bakat dalam penciptaan solusi teknologi, Digital Ninjas juga mempunyai bakat dalam komunikasi!
4. Alexander Fernandez, Ketua Pegawai Eksekutif Streamline Media Group, Inc.
Digital Ninjas dari #mydigitalmaker akan menjalani lampiran industri selepas SPM. Ini adalah satu langkah yang besar dari MDEC untuk memberikan peluang kepada pelajar sekolah untuk mara terus ke alam kerjaya. Salah satu syarikat yang turut serta dalam program lampiran industri adalah Streamline Media Group. Alex, Ketua Pegawai Eksekutif berasa gembira dan puas hati selepas melihat bakat dan keupayaan yang ditunjukkan oleh Digital Ninjas yang menjalani lampiran industri di syarikatnya.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bakat dan keupayaan Digital Ninjas dalam “Battle of Ninjas” tahun ini, di pameran #mydigitalmaker 2019 di MITEC Kuala Lumpur, 14-15 September. Bukan hanya itu, ketahuilah bagaimana anda juga boleh berpeluang untuk menjadi Digital Ninjas! Bestkan?
#mydigitalmaker adalah salah satu inisiatif di bawah gerakan #mydigitalmaker yang bertujuan untuk melatih belia-belia di Malaysia dari pengguna digital ke pencipta solusi digital menerusi kolaborasi akademi awam dan swasta.
Masih belum dapatkan tiket ke pameran #MYDIGITALMARKERS? Jangan risau, dapatkan tiket anda di https://www.ticket2u.com.my/event/14478?r=whatsapp dan ketahui lebih lanjut peluang-peluang yang menarik menanti anda di pameran #mydigital makers di https://mydigitalmakerfair.com
Ini adalah peluang keemasan yang anda pasti tidak mahu ketinggalan!
Must-Watch Video