Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Produk Che Ta & Zain Saidin Antara Tarikan Souk Raya 2019

Amri Hassan
06/05/2019 08:14 MYT
Produk daripada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin antara 30 jenama yang mengisi slot pameran Souk Raya di GMBB, Kuala Lumpur.

Padusi Couture yang dimiliki oleh Che Ta dan jenama kasut Zapatos Shoes milik Zain menjadi produk tarikan pasar fesyen raya urban yang berlangsung selama sebulan itu.

Selain itu, kata Pengarah Urusan AX Event & Communications, Abdul Azeez Salleh, Souk Raya turut menampilkan barisan jenama pereka fesyen tempatan seperti Calvin Thoo, Shanell Harun dan Datuk Tom Abang Saufi.

"Souk Raya bukan sekadar platform untuk pereka fesyen tempatan mempamerkan kreativiti tetapi berkongsi pandangan mengenai reka cipta mereka," katanya kepada Gempak.

Selain pilihan pakaian couture hingga ready-to-wear, Souk Raya turut menampilkan variasi pilihan seperti tudung, aksesori dan lukisan.

Souk Raya dibuka kepada pengunjung bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dari 1 hingga 31 Mei 2019.



#Zain Saidin #Rozita Che Wan #Souk Raya
;