“Produksi Guna Beg Kesukaan Kucing Untuk…” - Jason Chong Kongsi Pengalaman Pertama Arahkan Chomel!
Pengarah filem Chomel, Jason Chong percaya di saat dunia penuh mencabar ini,
karya seperti Chomel pastinya bakal mengukir senyuman dan menyentuh hati penonton.
Menurutnya, Chomel mengetengahkan kisah seekor kucing dan seorang kanak-kanak yang melalui rasa kehilangan.
“Perjalanan cerita mereka ini bakal membuka hati kita agar bersyukur dan lebih menghargai keluarga tersayang,” katanya.
Jelasnya, dia juga mencuba pelbagai idea kreatif sepanjang mengarahkan seekor kucing iaitu bintang utama dalam Chomel.
“Filem ini amat nostalgik bagi saya. Saya akan ingat sampai bila-bila bagaimana mencabarnya mengarahkan seekor kucing untuk berlakon.
“Antara cabaran untuk mengarah seekor kucing apabila ingin mendapatkan babak haiwan tersebut berlari.
“Produksi telah menggunakan beg kesukaan kucing itu untuk menarik minatnya bergerak aktif.
“Saya harap filem ini akan menghiburkan anda semua di samping merapatkan lagi hubungan bersama insan tersayang,” katanya.
Apapun jangan lupa saksikan filem Chomel yang telah pun berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.
Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.
Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.
Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.
Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.
Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.
Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.