ADVERTORIAL
Program Return To Work PERKESO Beri Banyak Faedah Kepada Majikan & Pekerja
Program Return To Work (RTW) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah merupakan sebuah program pengurusan hilangupaya yang dilaksanakan untuk membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja dengan cepat, sihat dan selamat.

Matlamat program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pekerja yang mengalami kecederaan atau penyakit dapat dipulihkan melalui pelbagai intervensi pemulihan fizikal dan vokasional dan seteruskan kembali dan kekal di tempat kerja.

Program ini juga adalah sinonim dengan konsep perlindungan sosial dan dilaksanakan bagi mengurangkan risiko pekerja yang mengalami kecederaan atau penyakit bertukar status pekerjaan menjadi penganggur, mengurangkan cuti sakit dan mewujudkan elemen penggantian pendapatan kepada golongan pekerja kerana pampasan semata-mata bukanlah merupakan satu bentuk gantian pendapatan kepada golongan pekerja ini.

Berdasarkan pengalaman yang dilihat mengenai berlaku kepada pencarum PERKESO, selepas kemalangan (post accident) atau menerima pampasan, didapati mereka ini masih belum dapat berdikari dan terdapat unsur-unsur psycho-sosial yang negatif seperti kehilangan keyakinan diri, tekanan dan kemurungan. Unsur-unsur negatif ini dapat dikaitkan dengan kecederaan atau penyakit mereka.

Dengan itu, PERKESO mula sedar bahawa pampasan sahaja tidak akan memperbaiki atau menaikkan taraf hidup orang terbencana ini. Secara keseluruhan, mana-mana institusi dalam perkhidmatan insurans hanya akan memberi pampasan dalam bentuk wang kepada mangsa kemalangan tersebut. Tetapi adakah pampasan tersebut mencukupi untuk menanggung kos kehidupan seharian orang terbencana tersebut seperti sedia kala?

Pampasan tersebut tidak dapat menyamai pendapatan dalam bentuk gaji apabila seseorang itu masih bekerja. Apabila seorang itu bekerja, seseorang itu mempunyai peluang kenaikan gaji, caruman wang simpanan pekerja (KWSP) berterusan, dan sebagainya. Konsep ‘total replacement of income’ ini bertujuan untuk menolong orang terbencana tersebut berdikari semula dan mencari pendapatan yang lebih.

Program RTW ini memberikan faedah kepada majikan, antaranya ia dapat meminimumkan tempoh cuti sakit dan pemulihan bagi seseorang pekerja agar dapat pulih kembali semula bekerja dan dapat mengurangkan kos rawatan dan pemulihan pekerja serta meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti kepada syarikat. Pekerja yang memerlukan skil baru atau tambahan juga akan diberikan latihan vokasional bersesuaian dengan minat dan keperluan pekerjaan.

Program RTW ini juga memberikan banyak memberikan faedah kepada pekerja, seperti mempercepatkan proses pemulihan , memperolehi pendapatan semula , mengintegrasikan semula mereka ke masyarakat serta mengurangkan kesan negatif akibat daripada kecederaan atau penyakit.
Jenis-jenis pemulihan yang ditawarkan di bawah Program ini adalah merangkumi;
- Terapi Anggota, Pernafasan, Neurologi, Sensori, Pertuturan, Kardiologi, Kebakaran
- Terapi Cara Kerja
- Pengurusan Kesakitan (pain management)
- Pendidikan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
- Kaunseling
- Penempatan Pekerjaan bagi pencarum yang telah kehilangan pekerjaan
- Penilaian Tempat Kerja
- Alat Bantuan dan Sokongan Pekerjaan
- Bimbingan Pekerjaan atau mobiliti
- Latihan Kemahiran
Jangan lupa saksikan program Bangkit! PERKESO Prihatin yang dihoskan oleh Nazrief Nazri setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD serta ulangannya setiap Sabtu jam 7 petang dan Ahad jam 6.30 petang juga di Astro Ria dan Ria HD!