Program siaran langsung Thaipusam yang bersiaran selama 24 jam di Astro telah dianugerahkan sebagai penerima Longest Thaipusam Festival Celebration Live dan Longest Thaipusam Celebration Live Broadcast Hosting By An Individual oleh Malaysia Book of Records.

Ia telah ditayangkan di Astro Vaanavil (Saluran 201) menerusi TV, Astro GO dan On Demand, pada 24 Januari, jam 9.00 malam lalu.

Siaran langsung selama 24 jam ini merupakan program TV berterusan pertama yang menampilkan 19 hos-hos tempatan yang menjalankan kemas kini dari kuil-kuil ternama di sekitar Batu Caves, Georgetown, Ipoh dan Sungai Petani.

Siaran langsung Thaipusam tahun ini telah memecah rekod tontonan daripada kesemua liputan langsung Thaipusam yang pernah bersiaran di Astro dengan jumlah tontonan tertinggi, sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 192% berbanding siaran di tahun sebelumnya.

Bertemakan #NandriKantha, siaran langsung Thaipusam pertama selama 24 jam ini telah disempurnakan oleh Goodday.