"Progres Akan Ambil Masa, Jadi Tengoklah Badan 'Gemuk' Saya Puas-Puas!" - Netizen Serang IG Anak Nourul Depp, Panggil Gemuk!

Amri Hassan
September 5, 2019 10:55 MYT
Anak sulung kepada pasangan Nourul Depp dan Ajai, Ayu Nazirah tidak semena-mena diserang sekumpulan netizen yang menggelarkannya gemuk.
Bagaimanapun, Ayu, 20, tidak hanya berdiam diri dan membalas serangan netizen dengan pesanan lebih padu.
"Jadi, hari ini saya dipanggil gemuk di media sosial dan apa yang boleh saya katakan hanyalah terima kasih kerana perasan sebab kalian rasanya tiada kerja berfaedah yang boleh dibuat.
"Apa yang saya boleh buat hanyalah ketawa kerana saya tidak percaya berat dan bentuk badan saya boleh menjadi isu kepada anda semua.
"Saya pun tak kenal kalian dan kalian pun tak kenal saya.
"Malah, kalian pun tak tahu betapa saya bersungguh-sungguh bersenam di gimnasium setiap hari.
"Progres akan mengambil masa jadi lihatlah badan 'gemuk' saya puas-puas sebab anda akan merinduinya nanti," tulis Ayu menerusi akaun Instagramnya siang tadi.
Entri itu turut diulang siar oleh ibunya Nourul di laman sosial peribadinya dan memuji tindakan Ayu membalas serangan netizen itu.
Isu body shaming bukan perkara baharu dalam komuniti pengguna media sosial masa kini.
Situasi baling batu sembunyi tangan kian menular dan menjadi barah dalam medium perantara Internet dengan cara bersembunyi di sebalik akaun palsu.
#Nourul Depp #Body Shaming #Ayu Nazirah