Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Projek Hotel Dasar Laut, Tunggu!” - Mustapha Kamal Ajak Semua Pergi Langkawi Untuk Diner Megah Holdings

Azwa Rahman
08/11/2021 11:26 MYT
Aktor legenda Mustapha Kamal mencuri perhatian wargamaya apabila mengajak orang ramai pergi bercuti di Langkawi bersempena projek hotel dasar laut yang akan ‘dibinanya’ tidak lama lagi.

Menerusi platform TikTok, Mustapha berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.

Istimewanya lagi, Mustapha yang terkenal dengan watak pengerusi syarikat Megah Holdings cukup menjiwai karakternya sebagai seorang ahli perniagaan berjaya.

“Salam semua, papa akan update renteran projek hotel di dasar laut nanti. Tunggu kejutannya!

“Jom, papa jemput semua terbang ke Langkawi. Kita dinner di sana. Flight semua sudah diatur, cuma bagitau DINER MEGAH HOLDINGS, siakap menanti,” tulisnya lagi.
undefined
Terdahulu, Mustapha mula memuat naik video sebagai pengerusi Megah Holding pada pertengahan September dan sering berkongsi video-video’projek Megah Holding’.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi positif pada Mustapha sebagai pemilik syarikat tersebut yang suka melayan kehendak wargamaya.

@ManDayat:So papa, dah sign ke contract untuk saya pegang syarikat papa tu?”

@『DEL』NIENA本:Papa tak bosan ke asyik breakfast minum air oren je?”

@Haechan ?i love how he play along with us.”

@Ain Shahar I grew up with you papa. Dari kecik tengok papa kat tv. stay healthy to the one and only Mustapha Kamal. papa, ceo Megah Holding Malaysia.”

@bella:Dia ni melayan je tau netizen HAHAHAHA COMEL GILA.”

@ctnurulakma.y :Papa, duit bulan ni dah habis.”

@planta:so dato, proceed ke vacation dengan family dato untuk makan ikan siakap? saya baru je cancel meeting dato dan dato Ryzal.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 900,000 tontonan daripada warga TiTok.

BACA: "Meeting Hotel 8 Star Dalam Laut Arab Saudi" - 'Papa' Buat Hal Di Tiktok, Netizen Doakan Projek Megah Holdings...
#Mustapha Kamal #Megah Holdings #Siakap Langkawi
;