Laman Utama
Promosi Parti Politik Di TikTok Sampai Netizen Naik Meluat! Ini Komen Aeril Zafrel...
Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan yang dia tidak boleh memaksa untuk orang ramai menyukai dirinya, memandangkan setiap interpretasi pengguna media sosial berbeza-beza mengikut fahaman tersendiri.
Aeril berkata, dia sendiri kadang-kala tidak serius di media sosial dan hal tersebut dilihat sebagai satu perkara yang biasa baginya.
“Kita tidak boleh buat orang suka dekat kita. Ramai yang tahu, saya ni kadang-kala tak serius. Saya ada je usik orang di media sosial… jadi saya tak faham kenapa kalau kita buat macam itu (promosi parti politik) orang nak marah.
“Kita berada dalam negara yang demokrasi kan, jadi kita perlu hormat pandangan dan pilihan orang,” katanya kepada Gempak ketika mengulas mengenai video ‘mempromosikan’ parti Perikatan Nasional di akaun TikToknya baru-baru ini.
Ditanya adakah dia dibayar untuk kempen tersebut, Aeril yang ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis berkata, video berkenaan dihasilkan kerana mengikut trend.
“Sebenarnya, saya buat sebab trend. Kita tahu kalau nak naikkan view dan engagement di TikTok, kita kena ikut trend.
“Saya rasa yang trend itu bukan saya seorang sahaja buat, artis lain pun turut serta. Jadi, tak pelik pun,” katanya.
Memberi komen terhadap pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Aeril berkata: “Sesiapa pun yang jadi Perdana Menteri, saya harapkan beliau dapat tingkatkan ekonomi dan perpaduan rakyat Malaysia.
“Kita tidak pernah berada di bawah beliau dan kita tidak boleh hakiminya terlalu awal. Saya harap beliau dapat menjalankan tugas dengan baik,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video