Laman Utama
Promosi Perniagaan Pengikut Media Sosial Tanpa Dipinta, Netizen Kenang Kemurahan Hati Adibah Noor - “Arwah Merupakan…”
Semalam, rakyat Malaysia menangisi pemergian penyanyi, pelakon dan pengacara popular Adibah Noor menghadap Illahi.
Pulang kepada Pencipta selepas tewas melawan kanser ovari tahap 4, banyak hal tentang kebaikan yang pernah dicurahkan kepada orang sekeliling mula diperkatakan.
Bermula dengan keprihatinan dan rasa kepedulian terhadap rakan-rakan seindustri, sifat baik arwah juga turut tumpah pada peminat dan pengikutnya di media sosial.
Menerusi satu ciapan di Twitter, seorang netizen mengakui Adibah merupakan seorang insan yang tidak pernah berkira dan pernah mempromosikan perniagaannya ketika negara berhadapan dengan pandemik tidak berapa lama dahulu.
“Kak Adibah Noor merupakan salah seorang yang mempunyai hati yang baik. Ketika lockdown, dia membantu banyak bisnes kecil termasuk bisnes saya dengan mengulang ciap tanpa sebarang bayaran.Kak Adibah Noor was one of the kindest souls. During lockdown, she helped so many small businesses including mine by retweeting without a single charge. She was Malaysians’ sweet heart and always will be. Al fatihah.— Nina (@SharinaHasdi) June 18, 2022
“Arwah merupakan buah hati rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.
Menerusi ciapan yang sama, seorang lagi pengguna Twitter turut berkongsi kebaikan arwah dalam mempromosikan perniagaannya tanpa dipinta.
“Yup, beliau mengulang ciap Tweet saya tanpa saya minta. Tak sempat beliau nak rasa kek saya,” ujar individu berkenaan sambil berkongsi kembali perbualan mereka di Twitter awal tahun 2021.
Dalam masa yang sama, seorang lagi individu mengaku mengenali arwah ketika sama-sama membantu kucing jalanan suatu ketika dahulu.
“Saya kenal Kak Adib menerusi world of kucing. Kami berdua sayangkan kucing jalanan. Kak Adib secara peribadi banyak menyelamatkan kucing-kucing terbiar. Dia juga kerap menolong saya.
“Sedih apabila mendengar tentang berita ini. Harapnya, akan ada orang yang dapat menjaga dan kucing-kucingnya. Terima kasih banyak Kak Adib,” tulisnya.
Adibah dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Sabtu di sebuah hospital swasta di ibu negara selepas difahamkan menghidap penyakit kanser ovari.
Jenazah telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Keramat Kuala Lumpur kira-kira jam 11.31 pagi semalam.
Must-Watch Video