Laman Utama
Promosi Wang Kripto, Kim Kardashian Bayar Denda RM5.8 Juta
Tanpa mengakui atau menafikan dirinya telah mempromosikan salah satu bisnes aset digital, wang kripto, Kim Kardshian membayar denda kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat sebanyak RM5.8 juta.
Selebriti itu didapati bersalah mempromosi perniagaan kripto EthereumMax dalam satu muat naiknya di Instagram.
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat mendenda Kim setelah dia gagal mendedahkan dirinya dibayar sebanyak RM1.1 juta untuk memuat naik kandungan yang tidak sepatutnya itu.
Selain membayar denda, Kim juga bersetuju untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa sepanjang proses penyelidikan berjalan.
“Kes ini adalah satu peringatan buat selebriti atau influencer agar tidak menjalin kerjasama atau mengambil kesempatan mendapat wang mudah dengan memuat naik kandungan seperti aset digital kripto.
“Ini kerana tidak semua pelabur sesuai dengan produk seperti ini dan ia memberi risiko besar terhadap pelaburan yang dibuat,” ujar wakil Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, Gary Gensler seperti dilaporkan CNN.
Dalam laporan sama, Kim juga bersetuju untuk tidak mempromosikan sebarang perniagaan yang berkaitan selama tiga tahun.
“Kim memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang siasatan sehingga denda dijatuhkan kepadanya. Dia juga dengan senang hati akan memberi kerjasama terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” ujar Gensler lagi.
Kim adalah salah seorang manusia dengan pengikut terbanyak di Instagram. Dia memiliki seramai 331 juta pengikut di akaun rasminya, @kimkardashian.
Must-Watch Video