Hiburan
"Proposed Seminggu Sebelum Bertunang" - Sweetnya Cara Sufie Melamar Ain
Juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid mendedahkan dia melamar tunangnya, Nurulain Md Yusof seminggu sebelum melangsungkan majlis tersebut.
Kata Sufie, lamaran itu dibuat ketika mereka berada di Singapura dan dilakukan dengan kadar bersederhana.
"Ia sebuah majlis lamaran yang sangat ringkas ketika di Singapura, seminggu sebelum kami bertunang.
"Kemudian, kami bertunang dan merancang untuk ikat selama setahun. Jika tiada aral melintang kami akan berkahwin pada September tahun ini," katanya ketika ditemubual HLive.
Tentang persiapan menjelang majlis perkahwinannya, Sufie terlebih dahulu ingin melengkapkan diri daripada segi mental.
"Persediakan akan melibatkan semua benda, sepanjang tahun ini perkahwinan adalah perkara terbesar yang akan berlaku dalam hidup saya.
"Seterusnya, saya ingin memiliki aset dalam kehidupan seperti rumah.
"Saya juga perlu bersedia untuk menjaga seseorang dan bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan," katanya yang bakal melancarakan single terbaharu, Implikasi pada Februari depan.
Akui teruja, Sufie pada masa sama takut untuk menempuhi alam rumah tangga.
"Ada satu perasaan yang susah nak terangkan. Saya teruja tetapi takut. Apabila menjadi seorang suami, ada dugaan dan ada kebaikannya juga," tambahnya.
Sufie dan Ain yang merupakan pengasas produk makanan Krispy Krunchee telah bertunang ada pertengahan Disember 2018 selepas berkenalan lebih dua tahun.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video