Gempak logo
Breaking news banner
Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Prosedur Kecil Untuk Pastikan…”- Nourul Depp Dimasukkan Ke Hospital

article-author-avatar
Syafiqah Jalal 28/08/2020 | 11:44 MYT
“Prosedur Kecil Untuk Pastikan…”- Nourul Depp Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi Nourul Depp dimasukkan ke hospital kelmarin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut Nourul, dia hanya berada di hospital selama satu malam untuk menjalani prosedur kecil.

“Nampak macam sakit atau serious je kan. Saya tak sakit. Datang sini untuk buat pemeriksaan kesihatan dan perlu berada di hospital selama satu malam.

“Hanya lakukan prosedur kecil untuk pastikan semuanya berada di dalam keadaan yang baik,” katanya.

Nourul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya dua hari lalu.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya memakai baju hospital menghadap tingkap di biliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesihatan Nourul.

Kini Nourul telah pun dibenarkan pulang dan menerusi kemaskini terbaharunya memberitahu dia dirinya berada dalam keadaan baik.

Nourul juga menasihati agar semua mendapat kesedaran untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekali dalam setahun.

“Me time” kata nurse ??? Nampak macam sakit atau serious ja kan. Kami tak sakit aih hahaha. Saja mai check up and stay satu malm tang ni. Small procedure to make sure everything is at its best! ? Alhamdulillah. Semua okay. Nak cerita pasai depan hospital favourite kami ni. Dulu clear la nampak #KLCC. La ni kena tutup habih dengan bangunan kat atas tanah sekangkang kera. Tanah kecik pun hangpa nak bina Ini tang ni tengah2 KL. Yang rumah kami tu sebelah tu tanah sungguh kecik. Nak bina jugak. 50 tingkat! Sapa nak beli? Buat perabih duit ja bina. Tiap tiap hari dok dung dang dung dang bising. Pencemaran bunyi setiap hari. Rasa nak saman ja. Kalau kat usa dah habih dah depa ni semua penduduk saman! So la ni nampak satu ja KLCC tu, geram kami. ? Takdak ka sapa sapa nak suruh berenti sat pembinaan kat KL atau kat Malaysia ni.... ??? Sedih rasa... awat kami emo?! ????nak habaq lama dah. Especially kat rumah kami tu. Tapi kalau kita komplen takut kita kena. Kita ni rakyat biasa . Depa tu semua kaya raya gangster mafia semua ada. Kalau teguq, kita kena kan na So diam ja la. #DBKL pun depa boleh buat tak tau. Kata habih qeja 7:30 malam. Depa beqeja sampai esok paginya tau dak. Especially kat bukit ceylon nu. Ada sapa sapa penguatkuasa #DBKL tang ni kot boleh pi check kat kat bukit ceylon? Depa qeja 24jam! Tak ikut undang2! #donemengadu #donemeroyan #sayarakyatmalaysia Okay nak lena. Esok balik pagi2. Good night all❤️

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

#Penyanyi #hospital #Penyanyi #Hospital #Nourul Depp
;