Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Proses Cerai Berlarutan Lama! Terpaksa Bayar Ratusan Ribu Setiap Bulan Kepada Bekas Suami...Emosi Kelly Clarkson Terganggu

Gempak 04/08/2021 | 05:40 MYT
Kemelut penceraian sejak tahun lalu ternyata memberi kesan buruk kepada penyanyi Hollywood, Kelly Clarkson.
Memetik laporan HollywoodLife, emosi Kelly sering terganggu kerana terpaksa berhadapan proses penceraiannya yang memakan masa agak lama.
"Kelly selalu sedih, marah dan terkejut, apa sahaja yang boleh dirasai oleh seorang manusia, dia sudah melaluinya," kata sumber.
Penyanyi Because Of You itu terpaksa membayar A$200,000 (RM845,000) setiap bulan kepada bekas suaminya seperti yang diarahkan hakim di Los Angeles.
Selain itu, Kelly juga dikehendaki untuk membayar A$1.25 juta (melebihi RM5 juta) untuk bayaran peguam dan kos penceraian mereka.
"Kelly tidak menyangka perkara ini akan berlarutan lama, sekarang ia sudah jadi sebahagian daripada kehidupan sehariannya.
"Dia rasa ini satu perkara gila kerana terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuknya," kata sumber lagi.
Terdahulu, Kelly dan bekas suaminya, Brandon Blackstock mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua cahaya mata, River, 7, dan Remington, 5.
Kelly memfailkan cerai secara rasmi terhadap Brandon pada 6 Jun 2020.
Kredit Foto: HollywoodLife (Shutterstock)
#Hollywood #cerai #Kelly Clarkson #Fail Cerai #Tempoh Lama
;