HIBURAN
Proses JKP Tak Berjaya, Suami Dah Bersedia Ceraikan Zehra Zambri - "Sangat Berat Sebenarnya Untuk Saya..."
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin memaklumkan bahawa tiada sebarang keputusan dicapai dalam proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada Isnin.
Menurut Iqwan, prosiding hari ini sepatutnya menyaksikan keputusan daripada pihak JKP, namun terpaksa dilanjutkan ke fasa seterusnya iaitu Hakam Islah.
“Tidak ada apa-apa keputusan dicapai hari ini, saya tak mahu komen banyak sebab anak saya tak sihat. Jadi untuk lebih lanjut apa-apa yang berlaku dalam mahkamah boleh tanya Zehra sebab peguamnya lebih arif dalam hal ini.
“Hari ini sepatutnya mendengar keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) tapi terpaksa lanjutan kepada Hakam Islah,” jelasnya.
Iqwan berkata demikian ketika ditemui selepas proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bertempat di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada Isnin.
Tegas Iqwan lagi, dia juga sudah menyatakan hasrat untuk menceraikan Zehra dalam prosiding hari ini namun akur dengan dengan segala prosedur yang ditetapkan oleh mahkamah.
“Perkara ini memang berterusan dan saya ada beritahu dalam mahkamah bahawa ingin menceraikan Zehra.
“Cuma melibatkan seksyen 47 ada fasa yang perlu dilalui, jadi saya hormat keputusan itu. Saya sudah sedia untuk lepaskan Zehra sebelum ini lagi cuma perlu lalui proses mahkamah.
“Sangat berat sebenarnya untuk saya lalui perkara ini tapi saya ikut saja,” jelasnya.
Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Iqwan pada 7 Mac 2025.
Sekadar info, Hakam Islah merupakan peringkat rundingan lanjutan dalam kes perceraian mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun