Berita

Proton Saga Genap Usia 35 Tahun, Ramai Kongsi Momen Nostalgia Kereta Pertama Buatan Malaysia!

gempak
Amri Hassan
09/07/2020
14:21 MYT
Sponsor Banner
Proton Saga Genap Usia 35 Tahun, Ramai Kongsi Momen Nostalgia Kereta Pertama Buatan Malaysia!
Hari ini, genap 35 tahun usia kereta nasional pertama Proton Saga.
Berkongsi detik istimewa itu, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad melayangkan ucapan khas menerusi ciapan Twitter beliau.
"Happy 35th Birthday Proton Saga," ringkas tapi penuh makna. Tambah Tun M, memasuki usia lebih tiga dekad, jenama kereta tempatan pertama yang dilancarkan pada 1985 itu masih utuh hingga kini.
Serentak itu juga ramai yang berkongsi kenangan manis dan nostalgia bersama kereta Proton Saga masing-masing.
Malah, ada yang menjadikan Proton Saga edisi pertama itu sebagai kereta pertama keluarga sejak 35 tahun lalu.
"Saya punyai sebuah kereta Proton Saga milik arwah bapa saya. Pemilik tunggal dan edisi pertama tahun 1991. Masih teguh sampai sekarang," tulis @imranputrajaya.
"Kereta pertama ayah saya. Dia menggunakannya selama 15 tahun dan sangat menyayanginya," tambah @MiraNozmi
"Selamat ulangtahun ke-35 Saga. #Jebat," tulis @ahmadchaz. "Ada Proton Saga biru milik bapa saya kemudian diserahkan kepada abag saya. Ada banyak memori dalam keluarga kami," sahut @pinenutter.
"Ayah saya masih pakai kereta ni sampai sekarang. Elok lagi," kata @AMAdinaMalik.
"Saya masih ada seunit saga lama tahun 1992. Antik dan masih bergerak lancar," tambah @smuhammad1001.
Mengimbas semula, nama Saga dipilih daripada nama biji saga (Adenanthera pavonina) yang mudah didapati di Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live