Penyanyi lagu Rintihan Rindu, Wany Hasrita tidak sabar untuk menunaikan kewajiban sebagai rakyat Malaysia buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Wany melakukan persediaan dengan mempelajari cara membuang undi dan peraturan yang perlu dipatuhi setibanya di pusat pengundian.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak mahu ketinggalan memilih pemimpin negara. Sebelum ini, saya hanya lihat tanggungjawab ini dilaksanakan ibu dan ayah.

"Kali ini, saya tidak mahu ketinggalan turun padang dan memangkah kotak undi.

Tambah Wany, dia juga teruja untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia buat kali pertama.

"Sudah tentu saya sangat teruja... Awal-awal lagi saya membaca panduan mengundi. Ibu dan ayah juga memberi tunjuk ajar," kata Wany lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Wany semakin popular dengan lagu Ewah Ewah dan lagu duet terbarunya bersama Tajul, Rindu Dalam Benci juga mendapat perhatian peminat.

Sumber: BH Online
Susunan: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Wany