PRU15: “Adil Untuk Minta Anda Berundur Sebagai Presiden UMNO” - Azhar Sulaiman Mahu Zahid Hamidi Bertanggungjawab Atas Kekalahan BN
Mya Amri
20/11/2022 07:18 MYT
20/11/2022 07:18 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman menggesa agar Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Azhar menyatakan perkara menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu juga, Azhar yang juga merupakan ahli UMNO turut meminta Zahid untuk berundur sebagai Presiden berikutan strateginya yang dianggap silap percaturan.
"Assalamualaikum DS (Datuk Seri) Zahid Hamidi. Saya sebagai Ahli UMNO ingin meminta agar DS bertanggungjawab diatas kekalahan teruk BN dalam PRI15 kali ini.
"Ia adalah adil untuk meminta anda berundur sebagai Presiden UMNO sebab strategi dan percaturan anda telah silap hingga kita tewas dengan teruknya dalam perang persepsi,” tulisnya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan Azhar selain turut menyatakan kekecewaan mereka.
“Ye kami tak undi BN sebab Zahid, tengok apa jadi dengan KJ, terasa kecewa betul KJ kalah tipis dekay Aungai Buloh,”
“Setuju dengan abang. Sepatutnya dia berfikir panjang demi BN. Orang dah tak nak Zahid,”
“Ya setuju! Saya agak kecewa. Letak jawatan please! Betul-betul dah kalah teruk ni,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Zahid berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti hanya sebanyak 348 undi.