Laman Utama

PRU15: Eizlan Yusof Bergegas Ke Pusat Penamaan Calon Sebaik Habis Shooting! “Penting Kerana Babitkan Amanah Rakyat”

Mya Amri
05/11/2022
06:58 MYT
Pelakon, Datuk Sri Eizlan Yusof terus bergegas ke Sabak Bernam sempena Hari Penamaan Calon yang berlangsung di Dewan Tun Razak walaupun baru saja habis penggambaran filem terbaharu kira-kira jam 6 pagi tadi.
Eizlan yang juga Calon Parlimen Sabak Bernam mewakili GTA Parti Pejuang, akui walaupun perlu melunaskan tanggung jawab sebagai pelakon, peristiwa hari ini (Penamaan Calon) tidak boleh dianggap ringan.
“Kebetulan babak semalam adalah terakhir, jadi bolehlah saya fokus pada peristiwa hari ini yang juga penting kerana membabitkan amanah rakyat demi bangsa dan negara.
“Perasan saya hari ini bercampur baur, ada rasa berdebar namun masa sama teruja.
“Tetapi saya tidak mahulah terlalu teruja. Saya melihat langkah pertama ini (Penamaan Calon) satu tanggung jawab buat saya untuk membawa amanah rakyat ke peringkat lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Eizlan juga berharap masyarakat di Parlimen Sabak Bernam dapat memberi peluang untuk beliau menjalankan tugas.
Eizlan tiba ke Pusat Penamaan Calon Sabak Bernam tepat jam 8.30 pagi, dilihat ceria diiringi isteri, Datin Sri Natasha Rosa Boudville, rakan-rakan dan penyokong.
Kertas pencalonan penamaan calon bagi Pejuang di bawah Eizlan diterima pada jam 9.05 pagi.
Eizlan bakal merebut kerusi P.092 yang turut ditandingi calon dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Viral

Kerap Jadi Lokasi Shooting Filem, Rumah Biru Ikonik Kampung Baru Bakal Dirobohkan? Pemilik Luah Rasa Sayu - "Rasminya Kami Semua Telah Keluar..."

gempak
27/06/2024
03:55 MYT
Rumah yang sering kali menjadi tumpuan untuk penggambaran filem, 'Rumah Biru' yang terletak di Kampung Baru dipercayai bakal dirobohkan.
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Hiburan

"Matamu Melemahkanku" - Ruhainies Tersipu-Sipu Malu Dengar Nyanyian Aliff Aziz, Netizen Mula Berkerumun!

gempak
09/03/2024
03:25 MYT
Sepotong video memaparkan aksi spontan Aliff Aziz menyanyikan lagu Dari Mata buat Ruhainies tular di TikTok.
Hiburan

Pertama Kali Sertai Politik, Once Mekel ‘Minta Bantuan’ Rakyat Indonesia Di Malaysia Undi Dirinya

gempak
11/02/2024
04:33 MYT
Bekas penyanyi Kumpulan Dewa 19 Once kini menceburi bidang politik di Indonesia.