Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, selebriti cantik pujaan ramai, Nur Fazura turut turun ke Pekan, Pahang untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Berkongsi pengalamannya, Fazura memberitahu proses mengundi di kawasannya mudah dan cepat namun ada hal yang melucukan pula terjadi ketika proses terbabit.

"Alhamdulillah, cepat je proses mengundi tadi, walaupun sampai nak terjatuh dinding penghadang kotak ruang mengundi tu tadi Faz terlanggar haha.. sorryyyy buat semua pegawai di sana tadi.

"Syabas buat my fellow malaysians who have done your part today. Wishing the very best for us all and our beloved country," tulisnya.



Fazura yang ringkas bertudung bawal, menyarung sehelai kemeja merah dan berseluar jeans antara yang menjadi tumpuan di tempat mengundinya.

Mana tidaknya, ramai yang memuji Fazura yang tampil bersederhana namun masih anggun.

"Syok orang Pekan dapat jumpa idola!

"Macam Kak Faz pula calonnya...

"Yay merah! Lots of love!

"Bagus Fazura, kaya, berjaya tak sombong...

"Love betul artis yang pergi mengundi ni, artis yang tak pergi sumpah cancelled!

"Untungnya siapa yang vote sama tempat dengan Fazura," demikian coret beberapa pengguna di laman sosial Instagram Fazura.