Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

PRU15: Panggilan 'Abah' Dilaung Penyokong Selepas Muhyiddin Diisytihar Menang

Izwan Isa
19/11/2022 16:50 MYT
Ratusan penyokong Perikatan Nasional (PN) melaungkan panggilan ‘abah’ merujuk kepada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau diumumkan menang di Parlimen Pagoh.

Selain sorakan ‘abah’ laungan ‘Perikatan Nasional’ turut dilakukan penyokongnya selepas pemimpin tertinggi parti itu menang dengan majoriti besar sebanyak 10,007 undi dengan keseluruhan 24,986 undi.

Muhyiddin telah menewaskan dua lagi calon lain masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim yang memperoleh 14,426 undi, dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman yang meraih 14,979 undi.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu telah mempertahankan Pagoh melebihi lima penggal selain turut pernah memenangi kerusi itu atas tiket BN.

Kesemua penyokong turut mengikuti pengumuman langsung calon di Pusat Media Utama PN, di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.

Sumber: Astro Awani

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Tan Sri Muhyiddin Yassin #PRU15 #Abah
;