PRU15 & Persiapan Teknikal Antara Punca Konsert Hael Husaini Live In KL Ditunda Ke Februari 2023
Amri Hassan
22/11/2022 04:41 MYT
22/11/2022 04:41 MYT
Konsert sulung penyanyi popular Hael Husaini Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada 4 Disember 2022 terpaksa ditunda ke tarikh 19 Februari 2023 di lokasi sama, Zepp Kuala Lumpur.
Penundaan itu jelas wakil publisitinya, Joe Saiful disebabkan oleh keadaan politik semasa negara dan beberapa aspek teknikal yang masih perlu diperincikan menjelang acara besar itu.
"Kami telah menilai balik segala kebarangkalian yang mungkin berlaku dalam landskap politik negara dan memilih untuk menunda konsert sulung Hael Husaini.
"Disebabkan negara baru selesai Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) dan rakyat juga memerlukan tempoh untuk bertenang, adalah lebih baik untuk menangguhkan dulu acara ini.
"Selain itu, pada waktu sama juga terdapat beberapa konsert dari artis antarabangsa lain dan kami memberikan laluan buat mereka terlebih dahulu.
"Memandangkan Hael seorang artis yang sangat mementingkan kualiti dalam persembahan, kami juga menilai daripada sudut teknikal seperti konsep persembahan, pencahayaan, sistem bunyi serta pakaian yang masih memerlukan masa untuk disempurnakan.
"Oleh kerana peminat Hael membeli tiket untuk datang ke konsert ini, kami mahu memberikan kualiti terbaik kepada mereka dan pulang dalam keadaan berpuas hati," katanya kepada Gempak.
Untuk rekod, sebanyak 60 peratus tiket telah habis terjual menjelang konsert tersebut.
Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula.
"Pertama sekali, bagi pihak pengurusan kami ingin memohon maaf di atas penukaran tarikh konsert tersebut.
"Kepada setiap pembeli tiket konsert yang telah pun membuat pembelian, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula.
"Sebagai tambahan, Rocketfuel menjanjikan sebuah konsert yang energetik dan penuh bertenaga yang berkonsepkan ‘boogie shoes’ dimana penonton digalakkan ‘sing-along’ serta ‘dance-along’ sepanjang durasi konsert," ujarnya.
Menurut Hael pula, konsert terbabit merupakan impian utamanya sejak bergelar artis dan pasti mahukan yang terbaik dengan persediaan lebih rapi.
"Selama 15 tahun saya berkecimpung dalam industri muzik tanah air, ini merupakan impian saya sedari dulu lagi, banyak yang ingin saya tonjolkan pada malam konsert tersebut yang berkonsepkan festival.
"Saya menganggap konsert ini sebagai pementasan perjalanan karier seni saya secara muzikal, bagaimana saya bermula, apakah perbezaan muzik dan karya saya dari dulu sehingga kini bukan sahaja sebagai penyanyi malah sebagai pencipta lagu, semuanya akan saya sampaikan melalui persembahan pada malam konsert nanti," kongsi Hael.