PRU15: Ramainya #TeamBajuKurungCotton! Manis, Meriah Pakat Sahut Gerakan Sharifah Amani Turun Mengundi
Amri Hassan
19/11/2022 14:49 MYT
19/11/2022 14:49 MYT
Media sosial meriah dengan perkongsian pengundi yang berkongsi momen-momen nostalgik menjadi sebahagian daripada terciptanya sejarah baharu Malaysia hari ini.
Selain jari telunjuk bercelup dakwat ungu, ramai juga yang tidak kurang hebat beraksi dengan pakaian tradisional. Sungguh segak dan menawan!
Namun, yang menjadi topik sohor kini di Twitter adalah 'gerakan' #TeamBajuKurungCotton pelakon Sharifah Amani.
BACA: "Kita Kasi Meriah!"- Ajak Ramai Ramai Mengundi, Sharifah Amani Akan Repost IG Story #TeamBajuKurungCotton
Apa yang Abe Nik perhatikan, ramai golongan wanita dari pelbagai latar belakang dan usia berkongsi ootd masing-masing yang cukup manis berbaju kurung cotton.
Iyalah, ketika musim cuaca yang sukar ditebak sekarang, baju kurung dengan fabrik kapas adalah paling selesa dan afdal digayakan terutamanya untuk menghadiri 'acara' membuang undi.
Apa kata jom Abe Nik kongsikan ootd viral #teambajukurungcotton sempena PRU15 tahun ini:

Sharifah Amani repeat baju kurung PRU14
"It's happening gais!! Demi tanah air tercinta!" demikian ciapan Amani yang berbaju kurung fabrik kapas berwarna ungu lembut.
Difahamkan, baju kurung yang sama dipakai Amani ketika membuang undi ketika PRU14 pada tahun 2018.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baju kurung baju kebangsaan kita!
"Saya sebagai kaum Cina bangga memakai baju kurung untuk mengundi sebab baju kurung baju kebangsaan!" kongsi pula @happysamtpy, si gadis berbangsa Cina yang berkurung biru floral.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Family terkejut pakai baju kurung
Hal yang dikongsikan oleh @namiaaneiria pula agak melucukan apabila keluarganya kaget melihatnya tiba-tiba berbaju kurung untuk keluar mengundi.
"Family terkejut berbaju kurung cotton," tulisnya yang mengenakan persalinan kurung biru gelap dengan tudung bawal merah jambu.
"Family terkejut berbaju kurung cotton," tulisnya yang mengenakan persalinan kurung biru gelap dengan tudung bawal merah jambu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat banyak-banyak baju kurung cotton!
Ada juga pengguna yang turut berkongsi keluhan tidak sempat berbaju kurung pada hari ini.
"Cadang nak pakai, tapi tak sempat nak iron. Lepas ni buat banyak-banyak baju kurung cotton mak," demikian kongsi @izreennasa menerusi paparan skrin perbualannya dalam group WhatsApp keluarga pagi tadi.
P/S: Golongan jejaka pun tak kurang handsome, ada yang lengkap berpakaian baju Melayu tu. Fuh!