Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

PRU15: Teman Ryzal Mengundi, Maryam Tergelincir Jatuh Tangga - "Kepala, Belakang Terhantuk"

Amri Hassan
19/11/2022 09:00 MYT
Isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim, Maryam You Narae mengalami kecederaan ringan apabila tergelincir ketika sedang menuruni anak tangga selepas menemani suaminya membuang undi pada Sabtu.

Insiden itu dikongsikan Ryzal sendiri menerusi akaun Instagramnya, menyaksikan momen Maryam tergelincir ketika dirinya sedang leka merakamkan video.

"Maryam tergelincir jatuh tangga semasa mengundi tadi, kepala dan belakangnya terhantuk.

"Baru siap pemeriksaan, Alhamdulillah tiada pendarahan dalaman, cuma bengkak di kepala, sakit belakang dan sedikit pening akibat hentakan di kepalanya.

"Hati-hati wanita yang naik tangga di sekolah semasa mengundi, pakai kasut yang bersesuaian agar kejadian begini tidak berulang," kongsi Ryzal.



Dalam hantaran di Instagram Stories pula, Maryam menunjukkan kesan cedera ringan di jari dan bahagian belakang pinggulnya.

Malah, Ryzal dalam hantaran berbeza menasihati Maryam agar tidak terlalu asyik memandang telefon ketika sedang berjalan terutamanya sedang menuruni tangga.

#Viral #Tergelincir #Jatuh #PRU15 #Tangga #Ryzal Ibrahim #Maryam You Narae