Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

PRU15: Tun M Kalah, Hilang Deposit Di Langkawi

Izwan Isa
19/11/2022 18:49 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih sinonim dengan panggilan Tun M tewas dalam persaingan lima penjuru di kerusi Parlimen Langkawi dengan majoriti 13,518.

Menambah duka kekalahannya itu, Tun M turut hilang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.

Kerusi berkenaan dimenangi oleh calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang mendapat 25,463 undi.

Datuk Amirshah Siraj (BN) mendapat 11,945 undi, Zabidi Yahya (PH - 5,417 undi) dan Datuk Abd Kadir (Bebas - 89 undi).

Untuk rekod, Tun M mula bertanding pada pilihan raya sejak 1964 dan tidak pernah kalah sehingga pilihan raya terakhirnya pada masa itu pada 1999.

Selepas bersara daripada jawatan perdana menteri pada 2003, beliau tidak bertanding sehinggalah pada 2018 menerusi Pilihan Raya Ke-14.

Selain Dr Mahathir, calon Pakatan Harapan Zabidi Yahya dan calon bebas Abd Kadir Sainudin juga hilang deposit.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Langkawi #Tun M #PRU15 #Kalah
;