Daripada dihantui kisah silam yang dashyat, rupanya ada rahsia hitam yang selama ini tersembunyi.

Penggemar genre psiko triller wajib menonton filem Walk With Me arahan Ryan Lee yang akan mula berada di pawagam seluruh Malaysia pada 3 Oktober ini.



Berkesempatan menonton filem ini pada majlis tayangan perdananya malam tadi, Gempak simpulkan empat sebab kenapa anda perlu menonton filem ini.

1. Jalan cerita

Filem Walk With Me yang bercorak psiko thriller ini mampu menarik minat peminat-peminat filem seram ke pawagam.

Sepanjang satu jam 23 minit, anda akan dihidangkan dengan sebuah kisah dendam yang akhirnya memakan tuan. Ada beberapa adegan kejutan dan plot twist yang bakal membuatkan anda tak senang duduk.

Filem ini menuntut anda untuk sentiasa fokus kerana penghujungnya mungkin sedikit mengelirukan namun apabila anda saling mengaitkan babak demi babak, semuanya akan terjawab.

2. Barisan pelakon

Dilakonkan oleh pelakon utama Michelle Wai dan Alex Lam dari Hong Kong, elemen seram berjaya dipaparkan dengan baik kerana mutu lakonan yang meyakinkan.

Pembawakan karakter psiko oleh Wai selaku ‘gadis’ yang sering dibuli cukup memberi tekanan kepada penonton untuk menyelami kisah silamnya.

3. Faktor seram

Daripada sebuah patung mainan yang akhirnya menghantui kehidupan mereka sekeluarga, rupanya ada rahsia hitam yang selama ini dibawa hingga mati.

Namun, babak-babak seram boleh dijangka dan sedikit kurang menjadi, tetap pujian harus diberikan kepada muzik latar yang diterapkan kerana ia cukup mmbuatkan bulu roma meremang.

4. Produksi Malaysia

Dijayakan oleh produksi Malaysia, filem ini seharusnya mendapat tempat di hati semua penonton.

Namun, penonton tidak akan percaya filem menjalani penggambarannya di Kuala Lumpur, pengarah berjaya membuat filem ini seperti naskhah antarabangsa.


Walk With Me mengisahkan seorang gadis bernama Sam yang berdepan pelbagai masalah gara-gara keluarga yang berantakan dan suasana kerja yang toksik.

Daripada pemaaf, dia bertukar menjadi seorang yang ganas dengan bantuan anak patungnya dan mula membunuh sesiapa sahaja yang mengacaunya.

Filem psiko thriller Walk With Me arahan Ryan Lee akan mula berada di pawagam bermula Khamis ini.