Masih ingatkah dengan Konsert Hora Horey Didi & Friends sebelum-sebelum ini?

Jika konsert pertama dulu ada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Tomok, pada konsert kali ini muncul tiga penyanyi hebat tempatan, Altimet, Yuna dan Hael Husaini untuk menghiburkan anak-anak anda.

Pastinya ramai yang ternanti-nantikan seleksi lagu yang akan dimuatkan dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends!

Kalau nak tahu akan ada lebih 30 buah lagu yang akan dipersembahkan dalam konsert kali ini.

Semua lagu itu dipilih dari setiap musim dari musim pertama hingga terbaharu.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan dalam konsert kali ini ialah AEIOU, Rawr Rawr Raksasa, Bunyi Anak Haiwan, Adoi Doi Zombie, Ayah Hero Saya, Dinosaur, Mengantuknya Mumia dan banyak lagi.

Malah lagu Kalau Rasa Gembira yang mula popular dari musim pertama dahulu akan dinyanyikan dalam versi remix 2020. Wow! Macam mana tu?

Selain itu juga, sudah pastilah akan ada lagu nyanyian Yuna, Altimet dan Hael Husaini.

Nak tahu lagu apa, kenalah tengok Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.

Dalam konsert kali ini, Team Nakal iaitu Boon, Roon dan Mummy ada merancang sesuatu untuk menjadikan konsert ini mereka yang punya.

Jangan lupa saksikan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends di pawagam rumah anda, Astro First mulai 25 Februari.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 dan anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15 anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang. Memang puas hati!