BERITA
PTTI Cipta Sejarah Lagi, Roadtour Skor A+ SPM Tarik 3,000 Pelajar Di Kelantan
Selepas mencipta kejayaan membanggakan dengan dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR), PTTI terus memperkukuh usaha membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menganjurkan Roadtour Skor A+ SPM PTTI yang berlangsung meriah di Hotel Grand Renai, Kelantan pada 19 Julai lalu.
Program ini berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 pelajar dari seluruh Kelantan, membuktikan PTTI sebagai peneraju platform pendidikan digital yang komited dalam membantu generasi muda mencapai kecemerlangan akademik.
.jpg)
Pencapaian ini mengukuhkan lagi reputasi PTTI sebagai pelopor dalam menyediakan platform pembelajaran digital berimpak tinggi untuk pelajar seluruh Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu menekankan pentingnya pelajar memanfaatkan peluang yang ada untuk bersedia menghadapi peperiksaan dengan strategi pembelajaran yang mantap.
“PTTI sentiasa percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk cemerlang jika diberikan bimbingan yang tepat dan suasana pembelajaran yang kondusif.
"Siri jelajah ini adalah usaha kami untuk mendekati pelajar secara terus, memberi motivasi, serta berkongsi teknik Skor A+ yang sudah terbukti membantu ramai pelajar sebelum ini,” katanya.
.jpg)
.jpg)
Pelajar yang hadir pada siri jelajah itu memberikan pelbagai reaksi positif yang dikongsi di media sosial.
"Best gila! Teknik-teknik yang diajar sangat membantu saya faham topik yang susah. Lepas ni rasa lebih yakin nak jawab SPM," kata seorang pelajar tingkatan lima.
"Cikgu-cikgu PTTI memang power! Semoga ada lagi roadtour macam ni kat negeri lain," kata seorang lagi pelajar.
Menariknya, bagi memberi lebih banyak manfaat kepada pelajar, PTTI turut mengumumkan potongan yuran istimewa sempena hari kelahiran Cikgu Fana pada 20 Julai lalu.
Semua pelajar dari tingkatan satu hingga lima berpeluang mendapatkan diskaun yuran kelas online PTTI sebanyak 15 peratus dan ke atas bagi mendaftar di platform www.ptti.my.
Langkah ini diyakini mampu meringankan beban ibu bapa serta membuka ruang lebih luas untuk pelajar di seluruh negara mengakses modul pembelajaran berkualiti tinggi daripada guru-guru berpengalaman.
.jpg)
Tanda pagar #RoadtourSkorAPlusPTTI turut trending dengan lebih 5,000 hantaran daripada pelajar yang berkongsi pengalaman mereka sepanjang program berlangsung.
Must-Watch Video