HIBURAN
PTTI Himpun 4,000 Calon SPM Di Sabah, Syed Saddiq & Bella Astillah Turun Padang Suntik Semangat - "Kami Harap Pelajar Pulang Dengan Semangat Baru"
Pusat tuisyen terkenal PTTI meneruskan misi membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila berjaya menghimpunkan lebih 4,000 calon SPM menerusi program PTTI Jelajah Skor A+ SPM Sabah yang diadakan di ITCC Penampang, Sabah, pada 16 Ogos lalu.
Program padat ilmu ini menjadi tumpuan apabila turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta usahawan dan figura inspirasi Asyraf Khalid, yang sama-sama memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar. Kehadiran mereka membuktikan kepentingan usaha kolektif dalam membangunkan generasi muda berilmu dan berdaya saing.
Lebih menarik, program ini turut dimeriahkan dengan persembahan khas oleh MK K-Clique dan Bella Astillah, anak jati Sabah yang menjadi idola ramai bagi berkongsi pengalaman dan semangat buat adik-adik calon SPM.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Fana, penganjuran ini adalah sebahagian daripada komitmen PTTI dalam memastikan pelajar SPM di seluruh Malaysia mendapat bimbingan terbaik menjelang peperiksaan penting mereka.
“Kami di PTTI percaya bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk cemerlang. Kehadiran lebih 4,000 pelajar di Sabah adalah bukti bahawa anak-anak kita dahagakan ilmu dan motivasi. Dengan adanya sokongan daripada semua pihak, kami mahu pelajar sedar bahawa masa depan mereka cerah jika mereka berusaha bersungguh-sungguh.
Sementara itu, Syed Saddiq menekankan betapa pentingnya usaha dan disiplin dalam mencapai kejayaan akademik.“Kehadiran YB Syed Saddiq, Asyraf Khalid, MK K-Clique dan Bella Astillah bukan sahaja memecah kebosanan belajar, malah membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai dalam pelbagai bidang. Kami berharap para pelajar di Sabah pulang dengan semangat baharu dan keyakinan diri yang lebih tinggi,” katanya.
“Hari ini saya melihat ribuan pelajar di Sabah yang hadir dengan semangat luar biasa. Ingatlah, kejayaan bukan tentang siapa yang paling bijak, tetapi siapa yang paling konsisten berusaha. Anda semua adalah harapan besar negara, dan saya percaya Sabah akan melahirkan ramai pelajar cemerlang,” katanya.
Bagi penyanyi dan pelakon Bella Astillah, dia turut berkongsi perasaan terharu apabila melihat sambutan hangat daripada anak-anak muda negeri kelahirannya.
“Saya bangga dapat bersama adik-adik di Sabah. Sebagai orang Sabah, saya tahu betapa pentingnya pendidikan untuk mengubah masa depan. Saya doakan semua calon SPM terus kuat berusaha dan jadikan kejayaan ini hadiah untuk diri sendiri dan keluarga,” kata Bella dengan penuh semangat.
Dengan kehadiran ribuan pelajar, tenaga pengajar berpengalaman, serta sokongan pelbagai pihak, PTTI terus membuktikan kedudukannya sebagai institusi pendidikan berasaskan teknologi yang berwibawa dan berpengaruh dalam membentuk kecemerlangan akademik generasi muda negara.
Meneruskan usaha membantu pelajar di seluruh negara, PTTI turut melancarkan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma. Program ini akan diadakan secara dalam talian (online) pada 27 hingga 30 Ogos dan terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia.
Pelajar yang berminat boleh mendaftar untuk seminar dalam talian ini di laman web rasmi PTTI, www.ptti.my.
Must-Watch Video