Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

PU Azman Dijel Lagi 14 Bulan Kes Kelucahan Melampau

Gempak 06/12/2024 | 06:50 MYT
Pendakwah selebriti, PU Azman yang lebih dikenali sebagai Cik Man dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu kesalahan melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki, dua tahun lalu.

Kelucahan Melampau

Majistret, Amirul Asyraf Abd Rasid menjatuhkan hukuman itu terhadap Azman atau nama penuhnya Azman Syah Alias, 43, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula Jumaat.
Mengikut pertuduhan, Azman didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki yang ketika kejadian berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, pada jam 9.15 malam 10 Jun lalu.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.
Sumber: Sinar Harian

#Pendakwah #PU Azman #Pertuduhan #Melampau #Kelucahan #Dijel
;