Pencetus Ummah (PU) Syed memaklumkan sahabatnya PU Mizi kini dimasukkan ke Hospital Pekan, Pahang akibat masalah jantung.

PU Syed meminta semua mendoakan kesihatan PU Mizi yang kini dirawat di wad Unit Rawatan Koronari (CCU).

“Mohon doakan sahabat kami Ustaz Hamizi atau PU Mizi yang kini sedang berada di CCU Hospital Pekan kerana masalah jantung,” katanya.

PU Syed berkongsi berita tersebut di akaun Instagram mililnya.

Menerusi entri tersebut dilihat PU Mizi sedang berbaring di atas katil hospital.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mendoakan agar PU Mizi kembali sembuh.

A post shared by SYED MOHD BAKRI AL YAHYA™ (@_pusyed)