PU Rahmat Dedah Lelaki Haram Melihat Tubuh Sajat?
Julai 14, 2020 09:49 MYT
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat tampil menjelaskan persoalan mengenai hukum melihat tubuh jutawan kosmetik, Nur Sajat jika dia hanya memakai seluar sahaja iaitu sama seperti aurat lelaki biasa.
Persoalan itu tular di media sosial dan PU Rahmat memuat naik paparan skrin pertanyaan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kapsyen PU Rahmat telah mendedahkan satu istilah serta hukumnya hasil jawapan yang diberikan oleh Ustaz Syed Shahridzan Ben Agil.
“Jawapan daripada sahabat kami ustaz Syed Shahridzan Ben Agil..
“Perkara ini dinyatakan di dalam “Mausuah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah” bermaksud “Para ulama fiqh bersepakat ke atas pengharaman melihat wajah Amrad dengan syahwat.”
“Bahkan telah dinyatakan oleh ulama Mazhab Hanafi dan Syafi’ie bahawa melihat golongan amrad dengan syahwat lebih besar dosanya daripada melihat wanita dengan syahwat kerana ia(amrad) tidak halal sama sekali (untuk golongan lelaki berbanding perempuan),” jelasnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata jelas dengan jawapan yang diberikan.
Baru-baru ini nama Sajat kembali menjadi perhatian dan kontroversi selepas dia tampil dengan pakaian separuh bogel dan berbikini.
Awal tahun ini, Sajat turut menjadi sebutan ramai selepas berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.