Nama pendakwah bebas PU Riz dan selebriti media sosial kontoversi Alya Iman, antara yang paling popular di enjin carian Google Malaysia.

Menerusi pemerhatian Gempak, nama PU Riz berada di tempat kelima dalam kategori ‘Orang’ di bawah nama bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump!

Fuhhh! Ramai netizen di Malaysia yang nak tahu tentang perkembangan PU Riz ni rupanya ya. Dalam kategori sama, nama Alya Iman menjadi yang kesembilan paling dicari.

Selain itu balu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari juga antara yang popular di Google termasuk nama pelakon baharu Syifa Melvin.

Bagi kategori tersebut, ‘Orang’ yang paling ramai dicari menggunakan enjin carian google ialah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden diikuti bakal naib presidennya Kamala Haris.



Menariknya, dalam kategori ‘Resipi’ pula, kata kunci yang turut mendapat perhatian netizen di Malaysia ialah Dalgona Coffee, Biscoff Cheesecake, Kek Marble Jelita, Apam Balik, Taufufa dan juga Cekmek Molek.

Terbuktilah, sepanjang Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan netizen Malaysia menghilangkan rasa bosan dengan mencuba resipi-resipi baru.

Tapi jangan pandang rendah netizen Malaysia tau, kerana topik yang mempunyai bilangan carian paling banyak di Google adalah US Election 2020.

Nampaknya, bukan masyarakat dunia sahaja malah netizen Malaysia juga bersemangat nak tahu siapa bakal mentadbir Amerika Syarikat (AS), susulan pilihan raya presiden yang menyaksikan pertembungan antara dua figura politik terkenal AS - Donald Trump dan Joe Biden.

Nak tengok carian paling trending sepanjang 2020 dalam kategori lain boleh klik kat sini okay! Google Trends 2020