PU Riz Bantu Penuntut Universiti Lariskan Perniagaan Lip Matte - “Student Final Year, Baru Start Bisnes..”
Azwa Rahman
08/10/2021 12:50 MYT
08/10/2021 12:50 MYT
Pendakwah bebas PU Riz ringan tulang membantu seorang penuntut universiti mempromosikan perniagaannya menjual gincu bibir secara maya.
Penuntut yang menjual gincu bibir jenis matte itu bertindak menghantar sepucuk surat pada Haris untuk tujuan promosi.
Menerusi laman sosial Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25, mengwar-warkan perniagaan gadis tersebut.
“Salam, nama saya Izzati student final year, baru sahaja start business jual lip matte bulan lepas. Saya nak minta tolong promote business saya yang kecil ni.
“Boleh tag @harizzabeauty di Instagram, saya jual dekat Shopee RM22 je untuk satu lip matte,” tulis gadis itu lagi.
Malah, Haris turut meletakkan ‘tagging’ perniagaan gadis tersebut untuk memudahkan urusan membeli.
Terdahulu, Haris dan isteri selebriti Neelofa tampil dengan perniagaan pelitup muka.
Pelitup muka jenama mereka dilaporkan laris terjual sebanyak 220,000 helai dalam masa tiga jam sahaja.