Hiburan
PU Rizz Enggan Lakukan Babak Bersentuhan
Pencetus Ummah dan pelakon, Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail mendedahkan dia tidak akan melakukan aksi bersentuhan dengan pelakon wanita.
Menurut Rizz, dia menjaga imej dirinya sebagai seorang pencetus ummah.
"Dalam drama Selafaz Cinta, terdapat babak yang memerlukan saya bersentuhan.
"Namun, saya tidak melakukannya dan memilih menggunakan "camera tricks".
"Alhamdulillah, penerbit memahami diri saya sebagai seorang pendakwah muda," katanya.
Tambah Rizz, dia tidak menghadapi kesukaran walaupun menentukan karakter yang boleh dibawa dalam satu lakonan.
"Saya percaya dengan rezeki yang telah tertulis," katanya kepada Gempak.
Rizz ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Selafaz Cinta di One Utama, Damansara baru-baru ini.
Selain Rizz, drama Selafaz Cinta ini turut menampilkan pelakon Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Rizz AMin, Cha Cha Maembong dan ramai lagi.
Selafaz Cinta akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang mulai 27 November menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Must-Watch Video