Laman Utama

PU Syed Pertikai Orang Ramai Teruja Michelle Yeoh Menang Oscar - "Kita Tak Boleh Berbangga Dengan..."

Shahrin Zulkifle
15/03/2023
06:00 MYT

Pendakwah bebas, PU Syed mempertikaikan sikap sesetengah individu yang terlalu berbangga dengan pencapaian aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memenangi Anugerah Akademi Oscar ke-95 baru baru ini.

Kata Syed, kejayaan tersebut tidak perlu dibanggakan kerana baginya tiada manfaat terutama kepada agama Islam.

“Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu?

“Kita tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada urusan agama, biarlah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu tidak kepada yang beriman,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Pada acara berprestij itu, Michelle telah membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Everything All At Once.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, perkongsian Syed telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya.

Segelintir wargamaya bersetuju dengan pendapat tersebut apabila ada yang mendakwa filem lakonan Michelle itu mengangkat unsur golongan ‘pelangi’ (lgbt).

“Menang dalam lakonan sebuah filem yang membawa perkara songsang,” kata seorang warganet.

“Setuju sangat, tiada membawa faedah apa buat kita orang islam,” tambah seorang netizen.

Pun begitu, ada juga yang meninggalkan komen tidak sependapat dengan kenyataan Syed.

“Memang dia tak banggakan Islam, tetapi dia banggakan negara kita Malaysia. Malaysia kan negara berbilang kaum,” kongsi seorang wargamaya.

“Negara kita kan berbilang kaum, tiada pula Allah kata berdosa kalau mengucapkan tahniah dengan pencapaian orang lain,” ujar seoarang warganet.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

JAIS Arah Tangguh Ceramah Ustaz Don

gempak
25/06/2024
21:40 MYT
Semua agensi, masjid, surau, dan musollah di Selangor telah diarah supaya tidak menjemput pendakwah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk mengajar atau memberi apa-apa ceramah berkaitan agama Islam di premis mereka.
Hiburan

#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian

gempak
07/05/2024
13:55 MYT
Uniknya busana Michelle Yeoh.
Hiburan

Isu Lagu Raya Aliff Syukri, PU Syed Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

gempak
02/04/2024
08:00 MYT
Pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Syed beri teguran kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Alif Syukri susulan perkongsian di sebalik tabir muzik video klip raya nya yang masih mengenakan pakaian baju melayu ketat.
Hiburan

Tahun Lalu Menang Anugerah, Michelle Yeoh Kembali Ke Golden Globe Jadi Penyampai

gempak
05/01/2024
12:55 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh kembali ke majlis berprestij yang pernah menjulang namanya sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi di Golden Globe pada tahun lalu dengan menjadi penyampi pada penganjuran kali ini
Hiburan

Rupanya Michelle Yeoh Sambut Cucu, Bukan Anak!

gempak
02/01/2024
10:19 MYT
Tahniah untuk kelahiran cucu!