Laman Utama

“Puak Antivaksin Dengan Dajjal Dah Tiada Beza” - Netizen Selar 'Dakyah Sesat’ Puak Antivaksin Tuduh KJ Pakai Tangkal, Guna Syaitan

gempak
Izwan Isa
18/10/2021
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Puak Antivaksin Dengan Dajjal Dah Tiada Beza” - Netizen Selar 'Dakyah Sesat’ Puak Antivaksin Tuduh KJ Pakai Tangkal, Guna Syaitan

Sejak kebelakangan ini, pelbagai usaha ‘dakyah’ yang disebarkan oleh kelompok antivaksin. Baik di media sosial mahupun platform komunikasi seperti Whatsapp dan Telegram, bermacam cara mereka lakukan untuk menghasut orang ramai. Hal ini bukan sahaja melibatkan rakyat biasa dan artis, malah, menteri juga menjadi sasaran.

Menerusi laman Instagram, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkongsi dua paparan tangkap layar platform antivaksin di Telegram yang dilihat cuba untuk memfitnah dirinya.
Situasi ini didakwa terjadi rentetan kenyataan Khairy baru-baru ini yang menyifatkan kerajaan mahu menyusahkan hidup mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin.
Perkongsian KJ itu turut mendapat maklumbalas oleh orang ramai khususnya pengguna di Twitter. “KJ baru ugut nak susahkan antivaksin, dah keluar kenyataan ada empat jin. Kalau dia betul-betul, mahu KJ dia kata ketua jin,” kongsi seorang pengguna Twitter.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menyamakan kelompok antivaksin ini dengan Dajjal.
“Puak antivaksin dengan Dajjal sudah tiada beza. Dua-dua menyebar dan menyampaikan fitnah. Mungkin antivaksin ini sebenarnya agenda Dajjal. Jadi ejen penyampai fitnah,” kata seorang lagi pengguna.
Selain itu juga, ada yang tidak dapat menghadam mesej-mesej yang dikongsikan oleh kelompok antivaksin menerusi platform Telegram berkenaan.
“Saya tidak tahulah antivaksin ni main-main atau mereka memang bodoh,” luah seorang lagi netizen.
Terdahulu, Khairy berkata, kelompok antivaksin berkemungkinan terpaksa berdepan dengan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibernarkan menikmati kemudahan dan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.
Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan akan ‘menyusahkan’ kelompok berkenaan yang terus enggan divaksin tanpa sebab yang dibenarkan.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024