HIGHLIGHTS

Puan Sri Normala Samsudin Kongsi Rahsia AWET MUDA – Yoga Muka, Makan ULAM, Selawat Dan...

Afiza Kamarulzaman 17/02/2020 | 14:16 MYT
Senyuman sentiasa terukir di wajah bekas penyampai televisyen ini membuatkan sesiapa sahaja senang sekali mendekatinya. Beliau yang kini menetap di Perlis menemani suami yang berasal dari negeri utara itu, sesekali turun ke ibu kota untuk menguruskan beberapa hal peribadi dan ada kala menzirahi teman-teman lama.
Rutin hariannya kini banyak dihabiskan dengan aktiviti keagamaan, bersama keluarga, bercuti ke luar negara dan mendampingi alam yang menjadi kegemarannya sejak dulu. Tidak hairanlah Puan Sri masih kekal bertenaga seperti zaman anak dara lantaran gaya hidupnya yang sihat dan tidak pernah duduk diam sahaja.
InTrend sempat menghubunginya baru-baru ini bertanyakan perihal rutin hariannya yang memberi kesan kepada kecantikannya hingga ke hari ini. Berikut catatan ringkas yang dikongsi beliau:
#Awet Muda #Petua #Normala Samsudin