"Puas Buat Muka Seposen, Seorang Pun Tak Berhenti Tolong" - PU Amin Kongsi Cerita Kereta Rosak Tepi Jalan

Amri Hassan
Disember 11, 2018 04:52 MYT
Pendakwah bebas PU Amin melalui pengalaman mencemaskan apabila kereta yang dipandunya rosak ketika dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Bagaimanapun, lebih mengecewakan apabila dia langsung tidak diendahkan oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.
"Kereta rosak tepi jalan, on the way ke UiTM Machang.
"Pengalaman rosak kereta ni memang berharga, puas buat muka seposen tepi jalan, seorang pun tak berhenti tolong.
"Tak apalah, kini sedang menanti bantuan tow truck dari Kuala Lipis harap-harap ada dan segera," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Perkongsian itu mendapat simpati daripada rakan selebriti dan peminat yang memberikan pelbagai cadangan sekiranya berlaku kecemasan sedemikian.
Namun, ada juga yang berpendapat tindakan segelintir pengguna yang tidak berhenti menghulurkan bantuan ekoran bimbang akan keselamatan diri.
"Sekarang ramai yang takut nak berhenti tolong, banyak kes pelik-pelik. Mungkin ada yang tak perasan ustaz," tulis salah seorang pengguna.
#Viral #Viral #PU Amin