Pelakon Ieda Moin yang kematian bapanya Abdul Moin Abdul Ghani, 68, semalam mengakui tidak pernah timbul perasaan ralat dengan pemergian arwah ayahnya.

Hal ini kerana, menurut Ieda, dia sekeluarga berasa puas apabila dapat berbakti kepada bapanya yang sakit dengan menjaganya ketika hayatnya masih ada.

"Kami sekeluarga reda sangat dengan pemergian abah sebab puas dapat jaga abah, tak ada ralat.

"Cuma kasihan pada adik saya seorang yang berada di Perth, Australia tak dapat balik. Hanya tengok abah menerusi panggilan video sahaja," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Semalam, bapa Ieda meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 7.22 pagi akibat jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru.

Begitupun, menurut Ieda, dia sempat berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhirnya.

"Kami tak dibenarkan datang sepanjang hari Abah ada di hospital sampailah hari abah dah kritikal.

"Doktor panggil untuk teman sebab abah hanya tinggal beberapa jam sahaja sebelum meninggal," katanya.

Ujarnya lagi, dia juga tidak dapat mengiringi arwah bapanya ke tanah perkuburan.

"Hanya 20 orang sahaja. Semua yang pergi lelaki. Covid-19 ni susah sedikit yang lain hanya buat panggilan video," ceritanya.



Sementara itu dalam satu posting di Instagram, Ieda turut mengakui dia merupakan seorang 'anak abah'.

"Tiada satu pun rahsia hidupku daripada yang hitam sampai putih yang abah tak tahu. Semua aku kongsikan pada abah yang abah bawa sampai ke hujung nyawa. Terima kasih Abah," coretnya.

#anakabah Yes cikda ank abah,semua ank perempuan akan jd istilah anak abah.. Tiada 1 pun rahsia hidupku dr yg hitam sampai putih yg abah xtau.. Semua ku kongsikan pd abah yg abah bawa sampai kehujung nyawa..TERIMA KASIH ABAH ????? Arwah abah sgt penyayang.. Sgt memupuk nilai tinggi kasih syg dlm jiwa anak2 betapa tingginya nilai kasih syg dlm kehidupan..harta benda tiada ukuran dlm kasih syg katanya.. Tidak akan ada tinggi kasih syg pada NYA yg boleh melepasi dr segala kasih syg yg ada didlm dunia dan akhirat.. Cr kasih sygNYA insha allah akan selamat dunia dan akhirat.. Alhamdulillah bah pilihan abah utk menjaga anak abah yg kepala batu ni memang x salah,bak kata abah,yg boleh pecahkan batu dlm kepala anak abah ni jer yg boleh hidup dgn anak abah sampai ujung nyawa..mcm abah syg ma,ma syg abah lah hehhehe.. Bercinta sampai bawa ke mati xpernah hilang.. Tenanglah disana wahai #kembaramalam ku... #bff #temangado #myboyfren #myexboyfren #myabah #myhero #kesayanganhamba Alfatihah buat ABAH ABD MOIN BIN ABD GHANI 14/4/1952 - 20/10/2020 #pergiygtiadaganti #kehilangan #kerinduanygtiadapenghujung Ok dahhh!! Cukup buat ayat luahan hati..nanti abah marahh hheheh..okay bah org nk siap,nk gi shooting balik..ti org dtg jumpa abah dgn kak long okay..????

A post shared by ieda Moin Official (@iedamoin79) on