Viral

'Pub Halal & Gambar Seksi ...' - Ini Kes Kontroversi Yang Pernah Melibatkan Shah Hazvee Sebelum Ini

Amri Hassan
29/05/2020
08:56 MYT
Kecoh apabila nama pelakon muda Shah Hazvee dihadapkan di mahkamah hari ini atas dakwaan memikat isteri orang.
Ramai mulai tertanya-tanya siapakah pula gerangan jejaka bertubuh kekar ini hingga menjadi sebutan ramai.
Berikut Gempak imbas kembali kontroversi yang pernah membabitkan pelakon drama Monalisa itu sebelum ini.
1. Siapa Shah Hazvee
Pernah dikenali sebagai Shah Radhi, pelakon berusia 23 tahun itu berasal dari Kuala Kubu Bharu.
Selain bergelar pelakon, Shah turut terbabit dalam bidang peragaan.
Antara naskhah lakonannya ialah drama Monalisa (2008), Kan Ku Kejar Cinta Mu (2018), filem Pinjamkan Hatiku (2017) dan beberapa telefilem.
Namun, menerusi tinjauan Gempak, ada yang mengemaskini infonya membintangi naskhah Lelaki Keparat Itu Aku dan Isteri Kau Isteri Ku Jua.
2. Pub halal
Shah pernah menyatakan hasrat untuk membuka sebuah pub halal untuk dijadikan tempat anak-anak muda melepak.
BACA: "Saya Mahu Buka Pub Halal Kerana..." - Shah Hazvee
Bagaimanapun, impiannya itu dikecam ramai.
3. Tayang dada
Pernah berkongsi foto menampakkan sebahagian daripada dadanya, Shah kembali dikecam ramai hingga ada yang mempertikaikan bentuk badannya.
BACA: Shah Hazvee Tayang Dada, Netizen Suruh Pakai ‘Push-Up Br*’!
Hari ini, Shah mengaku tidak bersalah atas dakwaan memikat isteri orang dan mengajak melakukan persetubuhan.
BACA: Shah Hazvee Didakwa Memikat Isteri Orang, Ajak Melakukan Persetubuhan
Mahkamah membenarkan Shah diikat jamin RM2,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Ogos untuk sebutan kes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shah Hazvee Kena Aniaya, Akan Saman Syarikat Besar RM3.5 Bilion? – “Ini Bukan Ecak Ecak Punya Ya”

gempak
05/01/2021
05:11 MYT
Banyaknya nilai saman tu...
Hiburan

"Masih Terima Tawaran Berlakon .." - Tak Kena 'Blacklist' Dengan Produksi, Shah Hazvee Akan Terus Bekerja Macam Biasa

gempak
04/06/2020
07:22 MYT
Berita

Shah Hazvee Didakwa Memikat Isteri Orang, Ajak Melakukan Persetubuhan

gempak
29/05/2020
03:41 MYT
Hiburan

"Hensem Patutlah Bini Orang Tu Ikut Lari" - Tentera Bawang Mula Banjiri Ruangan Instagram Shah Hazvee

gempak
28/05/2020
05:15 MYT
Viral

"Shah Hazvee Larikan Isteri Orang Itu Adalah Tidak Benar & Bercanggah" - Pengurus

gempak
27/05/2020
21:17 MYT