Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

PUBG Diharamkan Di India, Akshay Kumar Bakal Lancar Permainan Alternatif Dikenali Sebagai...

Hanafis Haris
08/09/2020 10:44 MYT

Pada yang tidak tahu India baru-baru ini telah mengharamkan permainan dalam talian popular daripada syarikat China, Tencent iaitu PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile.

Susulan itu, ramai pemain di India yang mencari pengganti pemainan berkenaan.

Terkini, menerusi laporan Astro Awani, bintang Bollywood terkenal Akshay Kumar bakal melancarkan Fearless and United: Guards (FAU:G) sebagai alternatif kepada PUBG,

Menurut pengasas bersama nCore Games, Vishal Gondal, permainan dalam talian itu dijangka memasuki pasaran India menjelang akhir bulan depan.

Menurutnya, FAU:G yang membawa maksud 'askar' antara lain adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat patotik dalam kalangan pengguna permainan itu.

Gondal memberitahu, 20 peratus daripada hasil jualan permainan itu akan disumbangkan kepada ahli keluarga tentera yang meninggal dunia ketika sedang berkhidmat.

"Kemunculan Akshay Kumar yang juga anak kepada seorang pegawai tentera itu diyakini akan memberi nilai tambah dalam meningkatkan lagi keyakinan selain membantu konsep asas permainan dalam talian itu.

"Sebenarnya, nama permainan itu dicadangkan oleh Akshay Kumar sendiri," katanya.

Dijangkakan lebih 200 juta pengguna akan menggunakan permainan itu dalam setahun.

Untuk rekod, pada Julai lalu, China menarik balik pasukan tenteranya di kawasan sempadan itu selepas pertempuran antara dua negara yang meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa tentera India.

Ekoran itu, India mengharamkan 118 aplikasi China termasuk PUBG dan perkhidmatan lain ditawarkan oleh gergasi internet China, Tencent.



#India #PUBG #AkshayKumar
;