Hiburan

"Public Figures Pun Manusia Juga .. We Want Our Privacy As Well .." - Nina Iskandar

gempak
Zulaikha Yusof
09/05/2019
02:34 MYT
Sponsor Banner
"Public Figures Pun Manusia Juga .. We Want Our Privacy As Well .." - Nina Iskandar
Pelakon Nina Iskandar meluahkan perasaan mengenai sikap segelintir peminat yang merakam serta merekod dirinya secara langsung di laman sosial apabila terserempak di luar.
Menurut Nina golongan artis juga seorang manusia biasa yang memerlukan privasi.
Luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya semalam.
"I don't understand why some people have to record us while they're doing LIVE on their personal Instagram/Facebook.
"Sometimes they even only go on LIVE semata-mata.
"Kita tengah makan ke, kat counter sedang berusan ke, beli barang ke... nampak je artis terus pan camera terus nak masuk LIVE.
"I don't blame people who do that tapi agak-agaklah.. walaupun korang label as "artis" kita ni pun manusia juga.
"We also need our privacy sometimes. Nak tegur, amik selfie together, I really don't mind.
"Tapi sampai nak pan camera kat kita record pergerakan kita from A to Z especially when we're getting our personal things done, for me itu sangat tidak selesa," tulisnya.
Tambah pelakon drama rantaian Andainya Takdir ini sesetengah pihak tidak berpuas hati apabila dia menyuarakan isu ini tetapi perlu difikirkan perasaan orang lain.
"Apa rasa korang bila saya record segala pergerakan korang masuk dalam live saya?
"Waktu korang makan. Waktu korang berurusan dalam bank. Waktu korang nak bayar kat cashier, tengah busy beli barang and whatnot?
"Lepas tu bila korang ternampak, kita buat buat pan camera tempat lain dan baru nak start buat kerja.
"Tak selesa kan? Sama lah juga macam kita.
"Some might not agree with whatever that I've just luahkan, but please before you guys do such things, fikir pasal perasaan orang juga.
"Like I said....public figures pun manusia juga.
"We, like many of you, want our privacy as well especially when we're getting our personal things sorted out.
"Maaf jika kata-kata saya menyinggung perasaan anda.
"Saya bukan marah, cuma meluahkan how it really feels. Selamat berpuasa semua," tulisnya lagi.
Nina mula aktif di industri hiburan pada tahun 2011 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live