,
Hiburan

Public Health Malaysia Dakwa Lirik Lagu APT Ada Unsur Lucah, Netizen Pula Komen: “Lagu Ni Buat Chill Je”

Khairil Khusyairi
25/10/2024
09:50 MYT
Public Health Malaysia (PHM) mendakwa lagu popular APT nyanyian Rose dan Bruno Mars mempunyai lirik yang tidak baik untuk kanak-kanak terutamanya.

Bedah Lirik Lagu

Menerusi perkongsian di Facebook, PHM tampil membedah lirik lagu APT yang didakwa mempunyai unsur kelucahan.
“Membedah lirik lagu popular seperti “Rose & Bruno Mars - APT” amat penting, terutama apabila lagu ini semakin popular dan sering digunakan sebagai muzik latar di media sosial.

“Antara bait lirik, Rosé menyanyikan ‘Kissy face, kissy face / Sent to your phone, but / I’m tryna kiss your lips for real’.

“Bruno Mars menambah ‘Turn this apateu into a club / I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night,” dedah PHM.

Dalam pada masa sama, PHM turut meluahkan rasa bimbang dengan trend yang menggunakan lagu tersebut di media sosial.
“Penggunaan istilah ‘APT.’ atau ‘apartment’ sebagai simbolik untuk tempat pertemuan dalam konteks menggoda juga memperlihatkan normalisasi terhadap tingkah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai budaya timur.
“Apa yang lebih membimbangkan ialah bagaimana lagu ini sering digunakan sebagai muzik latar dalam video-video media sosial, menjadikannya sebahagian daripada kehidupan harian tanpa kita sedari. Anak-anak mungkin menghafal lirik ini tanpa menyedari mesej yang disampaikan,” tambah laman itu lagi.
Sehubungan dengan itu, PHM menggesa ibu bapa dan masyarakat peka terhadap lagu tersebut.
“Sebagai ibu bapa, pendidik, dan masyarakat, kita harus lebih berhati-hati dan peka terhadap pengaruh budaya barat yang semakin diterima tanpa tapisan.
“Mungkin ada interpretasi lain mengenai lagu ini yang akan dipertahankan oleh peminat. Anda boleh nilaikan sendiri dengan membedah bait bait lirik lagu popular ini,” tutupnya.

Netizen Chill Dengar Lagu APT

Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir wargamaya menyifatkan ramai menyukai lagu tersebut kerana rentak dan muzik yang rancak dan bukannya mahu memahami maksud lagu tersebut.

“Lagu ni buat chill jer min. Bukannya nak study betul-betul lirik lagu,” luah netizen lain.

“Deep sangat nak memahami maksud lirik untuk apa. Chill dan rilex dengan catchy melody nya dah ler. Banyak masa pula orang nak korek maksudnya,” komen netizen.

“Setiap hari saya dengar, lebih kepada minat rentak dan muzik lagu tersebut, have fun. Tak ada lah lepas dengar terus nak buat perkara tak baik,” komen netizen lain.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

"Ada Peminat Keliru, Ingat Saya Berdarah Latin" - Agy

gempak
17/11/2024
13:55 MYT
Mungkin ramai yang tidak sedar dengan bakat nyanyian yang dimiliki oleh Agy, pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten video menarik di beberapa akaun media sosial miliknya.
Hiburan

Belasungkawa: Berpulangnya Komposer 1,000 Karya & Bapa Lagu Raya, S. Atan Pernah Pesan: “Jika Saya Sudah Tiada…”

gempak
16/11/2024
22:53 MYT
S Atan meninggal dunia kerana sesak nafas.
Hiburan

"Kita Hilang Seorang Yang Begitu Bermakna Dalam Industri Muzik" - Jamal Abdillah

gempak
16/11/2024
19:12 MYT
Pemergian komposer terkenal Datuk S. Atan yang meninggal dunia hari ini pada usia 75 tahun disifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri muzik tanah air.
Unitar