HIBURAN

Puji Sikap Ammar Ahyan, Nabil Ahmad Kagum Cara Aliff Syukri & Isteri Didik Anak - “Dahsyat Budak Itu…”

Asyikin Mayudin 13/07/2025 | 01:55 MYT
Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mengakui dia sangat mengagumi cara usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida mendidikan anak terutama, Ammar Ahyan.

Niat bawa ibu bapa bercuti

Nabil turut memuji sikap anak sulung pasangan usahawan itu yang sudah menyimpan niat membawa ibu bapa bercuti menggunakan wang daripada hasil kerja keras.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Ahyyan Tak Dibayar Gaji Daripada Aliff Syukri Tapi…

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Ahyan Ambil Lesen Kereta, Shahida Imbas Perangai Nakal Waktu Kecil - “Paling Susah Gunting Rambut, Meraung Macam Kena Ganyang”

“Saya kagum dengan mak dia sebab Amayan itu… ya Allah budak itu budak pandai, baik. Rezeki la dapat anak macam itu… dahsyat budak itu.

“Bagus dia… yang saya kagum itu bila dia cakap ‘saya nak bawa mak ayah saya bercuti’. Saya tanya nak ke mana dan saya sangka dia nak bawa pergi luar negara la.

“Tapi dia cakap nak bawa pergi Langkawi. Saya macam takkan la bawa pergi situ saja. Tapi dia cakap sebab sekarang dia hanya mampu Langkawi saja.

“Maknanya dia nak belanja mak dan ayah dia mengikut hasil pendapatannya sendiri,” kata Nabil menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Impian yang besar

Malah penyampai radio 3 Pagi Era ini juga mendedahkan Ammar yang baru berusia 17 tahun sudah meletakkan satu impian yang besar untuk membawa ibu bapanya bercuti di luar negara.

“Nanti bila dia dah ada pendapatan lebih banyak dan upgrade, barulah dia nak bawa mak dan ayah dia pergi luar negara pula. Dia punya level itu. Budak umur 17 tahun dah ada niat sebegitu,” kongsinya.

Rezeki dapat anak baik

Dalam pada itu, Nabil turut menganggap Aliff Syukri dan isterinya bertuah dikurniakan seorang anak yang pandai dan baik.

“Dia ada cerita mengenai macam mana dia berniaga… ya Allah dahsyat dia punya income live TikTok ini. Saya kagum dan tak sangka dia macam itu.

“Rezeki la dapat anak macam itu. Maknanya bagus cara Datuk Aliff dan Datin ajar dia. Lain macam. Tak kenal, tak cinta, tak tahu ya.

“Sekali kita tengok anak dia macam itu, kita tengok diorang macam gelak-gelak, buat marketing semua. Tapi lain bab cara didikan anak. Saya kagum,” katanya.

#Nabil Ahmad #Aliff Syukri #Nur Shahida #Ammar Ahyan