Laman Utama
Puji Video Muzik DSV, Netizen Tuduh Janna Nick Tak Ikhlas?
Selepas beberapa kali memuat naik klip-klip belang tabir bagi video muzik terbaharu untuk single Ku Ikhlaskan, pengusaha kosmetik Datuk Seri Vida kerap menerima kritikan.
Tidak hanya dikritik kerana keberaniannya untuk terus meluncurkan single, malah nama Vida turut kerap menjadi bahan mulut netizen selepas cuba melaram baju-baju yang belum pernah digayakannya.
Hal ini turut menyebabkan orang ramai menyamaikan effort Vida sebagai percubaan untuk meniru gaya unik penyanyi Aina Abdul tetapi tidak menjadi.
Tidak kurang baru-baru ini, penampilan Vida dalam salah satu babak video muziknya turut disamakan hantu badut Pennywise yang popular menerusi filem It.
Terbaharu, Vida berkongsi satu babak berbeza yang dipetik daripada video muziknya. Menerusi perkongsian babak berkenaan, Vida berkata dia berdebar menantikan karya terbaharunya untuk ditonton peminat.
Begitupun, di ruangan komen, pelakon dan Janna Nick turut meninggalkan respons ringkas berbunyi: “Power dato’!”, tulisnya.
Begitupun, komen Janna seperti disalah ertikan oleh netizen. Ada yang mempertikaikan keikhlasan Janna dan ada juga yang mendakwa komen tersebut seperti dibuat-buat.
Begitupun, Vida tidak mempedulikan kata-kata negatif netizen sebaliknya mengucapkan terima kasih dengan memberikan balasan kepada komen Janna Nick.
“Thank you sayang. Moga siapa yang tengok nanti akan dapat mesej yang tersurat dan tersirat. Fahami semuanya. Purpose lagu ni actually goes to CSR… Ku Ikhlaskan,” kongsinya.