HIBURAN
"Pukul 12 Tengah Malam, Terbau Bau Wangi Bunga Dalam Kereta" - Shiha Zikir Kongsi Detik Seram, Lalu Highway ...
Penyanyi Shiha Zikir, berkongsi pengalaman misteri ketika memandu pulang dari studio sekitar tengah malam pada Khamis.
Dalam satu hantaran di media sosial, Shiha menceritakan bahawa kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam, ketika memandu melalui lebuh raya sunyi dan kawasan berbukit.
Menurut Shiha, buat pertama kali dalam hidupnya, dia terhidu bau wangi yang sangat kuat seperti bau bunga di dalam keretanya. Lebih menyeramkan, bau itu datang secara tiba-tiba.
Shiha turut menjelaskan bahawa bau tersebut agak sukar untuk digambarkan kerana ia datang dan pergi dalam tempoh yang singkat.“Pertama kali lalui pengalaman terbau bau wangi dalam kereta… kuat sangat bau bunga. Waktu terbau tu, terus tengok tempat duduk belakang. Alhamdulillah tak nampak apa-apa. Bau je," kongsinya.
“Susah nak explain bau tu. Korang faham tak bau wangi bunga, tapi macam bau yang dalam tempat tertutup. So macam kejap wangi, kejap tak wangi sangat," tambah Shiha lagi.

Perkongsiannya itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada para pengikut.
Ada yang mengaitkannya dengan kejadian mistik, manakala yang lain pula menasihatkan agar lebih berhati-hati terutama ketika memandu bersendirian pada waktu malam.
Fenomena bau wangi secara tiba-tiba lazimnya dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus atau unsur ghaib dalam kepercayaan masyarakat tempatan.
Must-Watch Video